Thursday, April 30, 2009

Penilaian Percubaan PSR bagi murid-murid darjah 6

Tempat: Perpustakaan Sekolah Rendah Selapon. Tarikh: 25-30 April 2009 Selama 4 hari yang bermula dari 25 April 2009 hingga 30 April 2009 telah berlangsung Penilaian percubaan PSR bagi murid-murid Darjah 6 di sekolah ini. Diharap murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kepujian yang diharapkan.

Monday, April 27, 2009

Tetamu yang tidak diundang

Tempat:Stor Buku Teks Sekolah Rendah Selapon Masa: 9.33 pagi Tarikh: 27.4.2009 (Isnin) Seekor tikus telah didapati mati didalam fusebox elektrik yang telah mengakibatkan kuasa elektrik di sekolah ini terputus buat beberapa jam. Ianya telah dijumpai mati semasa pihak dari Jabatan Elektrik datang untuk memeriksa punca kuasa elektrik di sekolah ini terputus. Satu perkara yang lebih mengherankan pihak sekolah ialah bagaimanakah tikus ini memasuki Fusebox tersebut sedangkan saiz badan tikus tersebut yang agak besar.

Saturday, April 25, 2009

Penyampaian Kad Ahli Pasukan Pengakap Sekolah Rendah Selapon

Pada hari Khamis 23 April 2009 telah berlangsung satu penyampaian kad ahli pasukan Pengakap Sekolah Selapon. Seramai 17 orang murid mendapat kad keahlian mereka yang disampaikan oleh Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Selapon, Cikgu Chong Yun Foh.

Sunday, April 12, 2009

Kejohanan Bola sepak bagi Sekolah-Sekolah Rendah di Daerah Temburong

Tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah Selapon kerana berjaya menjadi johan keseluruhan bagi Kejohanan Bola sepak Sekolah-Sekolah Rendah di Daerah Temburong tahun 2009.

Saturday, April 11, 2009

Aktiviti bersama murid

Guru-guru Sekolah Rendah Selapon semasa Lawatan Pegawai Bomba Brunei

Diari Sekolah Selapon Temburong

Selamat Datang ke Blogspot Sekolah Rendah Selapon. Blog ini di buat untuk tatapan umum. Ianya adalah untuk memudahkan orang ramai mengetahui perkembangan yang dijalankan oleh Pihak Sekolah Rendah Selapon, Temburong.