Thursday, May 13, 2010

Penilaian Pertengahan Tahun bagi murid-murid Tahun 3 dan 6

Pada 12 Mei 2010 sehingga 15 Mei 20 10, Penilaian Pertengahan tahun bagi murid-murid tahun 3 dan 6 telah berlangsung. diharap agar murid-murid berusaha bersungguh-sunguh demi mencapai markah yang lebih baik.

Wednesday, May 05, 2010

Kejohanan Bolasepak bagi Sekolah-sekolah Rendah di Daerah Temburong

Pemangku Guru Besar Sekolah Rendah Selapon juga turut serta memberikan sokongan
Gambar beramai-ramai selepas pertandingan
Mengadakan senaman memanaskan badan sebelum bermulanya perlawanan
Sedang mendengarkan arahan yang diberikan oleh Cikgu Reimi
Mengikat tali kasut salah seorang pemain
Gambar beramai-ramai selepas perlawanan
Pada 4 Mei 2010, Sekolah Rendah Selapon telah ikut serta didalam Pertandingan Bolasepak bagi Sekolah-Sekolah Rendah di Daerah Temburong. Pasukan Sekolah Rendah Selapon yang merupakan johan tahun lepas telah tewas ditangan Sekolah Rendah Amo, Temburong dengan jaringan 3-2. Tahniah Kepada Sekolah Rendah Amo. Walaubagaimanapun, pujian diberikan kepada semua pemain Sekolah Rendah Selapon atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan.

Sunday, May 02, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP TUNAS ANJURAN SEKOLAH RENDAH SELAPON SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG

Pada 19 -20 Mac 2010, Perkhemahan Pengakap Tunas bagi Sekolah-Sekolah Rendah didaerah Temburong anjuran Sekolah Rendah Selapon telah dijalankan di kawasan Sekolah Rendah Selapon. Walaupun hanya dua buah Sekolah yang ikut serta di perkhemahan ini, acara yang dijalankan berjalan dengan lancar.

Kejohanan Badminton bagi Sekolah-Sekolah Rendah Di Daerah Temburong

Guru pengawas sedang memberikan penerangan sebelum bermulanya perlawanan
Penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya
Gambar beramai-ramai Warga Sekolah Rendah Selapon bersama Tetamu Kehormat

Kejohanan Sepak Takraw bagi Sekolah-Sekolah Rendah Di Daerah Temburong

Kecil-kecil cili padi
Gambar kenang-kenangan murid bersama guru-guru pengawas
Bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun tewas semua perlawanan
Pada 19 April 2010 telah berlangsung perlawanan sepak takraw bagi sekolah-sekolah Rendah didaerah Temburong. Sekolah Rendah Selapon telah ikut serta didalam pertandingan tersebut. Walaupun Pasukan Sekolah Rendah Selapon telah tewas ditangan Sekolah REndah Negalang Dan Sekolah Rendah Labu Estate, semua warga Sekolah Rendah Selapon merasa bangga dengan mereka.

Aktiviti Senamrobik untuk warga Sekolah Rendah Selapon

Senaman aerobik yang sering diadakan pada hari Sabtu waktu persekolahan
Senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Mattius
Setiap hari sabtu waktu persekolahan, semua warga Sekolah Rendah Selapon, Temburong akan mengadakan senaman Aerobik yang dijalankan oleh guru-guru Sekolah ini.