Wednesday, November 11, 2009

Selamat Hari Jadi Kepada Salah seorang Tenaga Pengajar Di Sekolah Rendah Selapon

Tetap Tersenyum walaupun hanya diberikan Roti kawin sebagai Hadiah yang disediakan oleh Cikgu Zumatdy
Selamat Hari Jadi di ucapkan kepada Cikgu Norasibah dari semua warga Sekolah Rendah Selapon yang menyambut Hari Jadinya pada hari ini iaitu 11 November 2009.

Antara gambar-gambar semasa Kejohanan Mini Marathon Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temburong Tahun 2009

KEJOHANAN MINI MARATON TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TEMBURONG TAHUN 2009

Gambar kenangan bersama murid
kelihatan letih selepas larian
Salah seorang murid yang sepatutnya mendapat nombor 2 di kejohanan ini tetapi telah di berikan nombor 3 disebabkan oleh kesalahan teknikal
Pada 3 November 2009, telah berlangsung satu Kejohanan Mini Marathon Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temburong Tahun 2009. Kejohanan telah dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum yang telah dijalankan oleh Sekolah Rendah Labu Estate, Temburong. Tahniah kepada Pasukan Sekolah Rendah Selapon kerana kesemua murid yang mengikuti kejohanan tersebut telah beroleh kejayaan.