Saturday, February 20, 2010

Latihan mingguan Pasukan Pengakap Tunas Sekolah Rendah Selapon

Latihan diadakan di Sekolah Rendah Selapon
Latihan menyalakan api menggunakan mancis
Pada 22 Januari 2010 dan 19 Februari 2010, latihan mingguan pengakap Sekolah Rendah Selapon telah dijalankan di kawasan Sekolah Rendah Selapon. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Skip Latiff dari Sekolah Rendah Selangan, Skip Samad dan Skip Kamaruddin dari Sekolah Rendah Selapon , Skip Shariol dan Skip Sellyvia dari Sekolah Rendah Selapon diatas bantuan yang diberikan semasa latihan berpengakap dijalankan.

Tuesday, January 26, 2010

Penyampaian Sijil Pengakap Link bagi Pengakap Tunas Sekolah Rendah Selapon

Penyampaian Sijil Kepaada salah seorang Ahli Pengakap Tunas Sekolah Rendah Selapon
Gambar Beramai-ramai bersama Ahli Pengakap Tunas dari Daerah Temburong
Dua orang ahli Pengakap Tunas Sekolah Rendah Selapon yang menerima sijil Pengakap Link
Pada 15 Januari 2010, dua orang ahli pengakap Tunas Sekolah Rendah Selapon telah menerima sijil Pengakap Link. Acara telah berlangsung di Ibupejabat Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Wednesday, November 11, 2009

Selamat Hari Jadi Kepada Salah seorang Tenaga Pengajar Di Sekolah Rendah Selapon

Tetap Tersenyum walaupun hanya diberikan Roti kawin sebagai Hadiah yang disediakan oleh Cikgu Zumatdy
Selamat Hari Jadi di ucapkan kepada Cikgu Norasibah dari semua warga Sekolah Rendah Selapon yang menyambut Hari Jadinya pada hari ini iaitu 11 November 2009.

Antara gambar-gambar semasa Kejohanan Mini Marathon Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temburong Tahun 2009

KEJOHANAN MINI MARATON TERBUKA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TEMBURONG TAHUN 2009

Gambar kenangan bersama murid
kelihatan letih selepas larian
Salah seorang murid yang sepatutnya mendapat nombor 2 di kejohanan ini tetapi telah di berikan nombor 3 disebabkan oleh kesalahan teknikal
Pada 3 November 2009, telah berlangsung satu Kejohanan Mini Marathon Terbuka Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Temburong Tahun 2009. Kejohanan telah dianjurkan oleh Jabatan Kokurikulum yang telah dijalankan oleh Sekolah Rendah Labu Estate, Temburong. Tahniah kepada Pasukan Sekolah Rendah Selapon kerana kesemua murid yang mengikuti kejohanan tersebut telah beroleh kejayaan.

Saturday, October 24, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA PASUKAN PENGAKAP DAERAH TEMBURONG

Antara murid-murid yang datang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Pasukan Pengakap Temburong
Pesuruhjaya Pasukan Pengakap Daerah Temburong
Seramai 15 orang murid Pasukan Tunas Sekolah Rendah Selapon datang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya ini
Pada 21 Oktober 2009, Pasukan Pengakap Daerah Temburong telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pasukan PengakapTunas Sekolah Rendah Selapon adalah Salah satu Pasukan yang menghadiri majlis tersebut. Seramai 15 orang murid datang menghadiri majlis ini.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir dan batin,Salah dan silap harap dimaafkan daripada Semua Warga Sekolah Rendah Selapon, Temburong.

Monday, August 24, 2009

Bacaan Tahlil Bagi Menyambut Kedatangan Awal Bulan Ramadhan

Antara murid-murid perempuan yang ikut membaca tahlil
Ada segelintir murid yang bukan beragama islam tetap ikut serta didalam membaca tahlil
Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Muhame bin Haji Suhaile
Tarikh: 20hb Ogos 2009 ( Khamis) Masa: 7.30 Pagi - 8.00 Pagi Tempat: Perpustakaan Sekolah Rendah Selapon, Temburong